Tuesday, 15 December 2015

ALL ABOUT PERIODIC TABLE IN CHEMISTRY


untuk lebih menarik, kumpulan saya telah hasilkan sebuah video animasi berkenaan periodic table. melalui video ini pelajar akan lebih memahami dan nampak gambarannya. pada era teknologi canggih dan serba moden ini, video seperti ini boleh dijadikan bahan bantuan mengajar di dalam kelas selain daripada buku latihan, buku teks dan buku rujukan. bagi pelajar universiti, aplikasi seperti ini sangat sesuai bagi menyiapkan tugasan anda. untuk menghasilkan video ini, anda boleh menggunakannya di google sahaja. aplikasi ini percuma tanpa sebarang bayaran. hanya taip powtoon video, kemudian daftar akaun dan anda boleh menghasilkan video mahupun slideshow yang menarik menggunakan animasi yang sedia ada di dalam aplikasi tersebut. di dalam aplikasi ini juga anda boleh merekod suara anda sebagai audio latar video supaya lebih menarik dan tidak bosan, lagu juga boleh dimuat naik di dalam video anda melalui aplikasi ini. selepas semua isi penting dan segala dekorasi telah dibuat, anda hanya perlu untuk menukarkannya kepada video melalui youtube dan kemudiaan anda boleh muat naik video hasil karya anda ke dalam gajet serta komputer. jika anda inginkan ianya di dalam bentuk slideshow, anda boleh memilih untuk menukarkan hasil karya anda ke slideshow. sangat mudah kan ? selamat mencuba !


anda boleh pilih sendiri kartun atau animasi yang telah disediakan mengikut kreativiti msing-masing





anda boleh edit tulisan, nak tulis isi penting dalam video mahupun slideshow anda


untuk lebih menarik anda boleh pilih font yang anda rasa sesuai dan menarik



untuk dapatkan animasi ataupun kartun-kartun yang menarik, anda boleh memilih theme yang pelbagai jenis di dalam application ini.



setelah selesai edit mengedit, anda boleh convertkan video anda di dalam youtube dan kemudian anda boleh mendownloadnya


jangan risau bagi anda yang nak buat untuk slideshow. anda boleh convert application ini kepada powerpoint presentation ataupun kepada pdf.



sangat mudah dan menarik kan ?? selamat mencuba dan semoga entry ini dapat membantu semua pelajar.

No comments:

Post a Comment